Saturday, May 9, 2015

Koperasi Walit Sarawak Berhad (Dalam Penubuhan)

Koperasi Sarang Burung Walit  Sarawak Berhad (koWalit Sarawak) telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan penubuhan pertama koperasi  pada 24 Mei 2015 di Hotel 56, Kuching yang telah dihadiri lebih 68 orang bakal ahli. Tujuan utama penubuhan koperasi adalah:
1. Untuk menjamin kepentingan ahli terpelihara dalam industri walit, dilindungi dan diwarisi.
2. Memberi pendedahan terkini kepada ahli ahli berkenaan pasaran dan peluang perniagaan.
3. Menyatukan tenaga, dana dan kepakaran dalam memajukan industri walit.

Aktiviti utama koperasi adalah:
1. Menganjur kursus, Latihan, promosi dan roadshow.
2. Rundingcara & khidmat nasihat
3. Pemprosesan & import export
4. Projek ternakan walit , pertanian & agro-pelancongan
5. Pemasaran & peruncitan
6. Pencetakan & penerbitan.

Keahlian adalah terbuka kepada semua pengusaha walit diseluruh negeri Sarawak kecuali Kapit. Sasaran untuk mendapat minimum 100 orang ahli dengan yuran kemasukkan RM100 dan syer RM1000 setiap ahli.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ms Calsline di talian tel: 082- 368668 di alamat  No. 698 D 1st Flr 
Tabuan Square Commercial Centre 
Lorong Keranji 4F Jln Keranji 
93350 Kuching Sarawak atau email asagrow@gmail.com