Program
Kempen Pendaftaran Premis Burung Walit Nasional Secara Pro-Aktif Di
Lapangan Masih Di Jalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dibantu oleh Unit Walit Negeri-negeri masing-masing.
Sukacita dimaklumkan juga walaupun 'RFID’dikeluarkan dari Protokol impot China, kaedah daya jejak
masih dijalankan oleh DVS. Prosedur pengeksportan ke China masih memerlukan
semua premis walit di daftarkan oleh DVS.
Standard Operating Procedure (SOP) pengeksportan ke dalam negara
China serta pendaftaran loji Pemprosesan EBN dengan CNCA China memerlukan
punca sarang burung walit dari premis walit yang mempunyai Kod nombor ID
didaftarkan oleh DVS. Kod nombor ID masih digunapakai serta
dikekalkan seperti sistem yang telah dipersetujui dahulu.
Sementara itu, logi pemprosesan dan traders boleh membangunkan system traceability masing masing tetapi Kod nombor ID adalah diperlukan untuk export ke China.
Kod nombor ID ini adalah diperolehi semasa pemasangan RFID dimana pengusaha perlu mengisi borang permohonan pendaftaran premis terlebih dahulu. Borang Permohonan boleh dimuatturun dari http://www.dvs.gov.my/web/guest/sarang_burung_walit
Fasa selanjutnya iaitu untuk menyediakan
buku premis (Blue passbook). Sebelum fasa ini dapat dilaksanakan satu operasi semakan
dan pembersihan [ cleaning up]
akan dijalankan oleh pegawai DVS Putrajaya bersama dengan DVS
Negeri bagi
semua premis yang telah didaftar dengan cip RFID . Operasi ini
menglibatkan ”trouble-shooting”dan
aktifkan pendaftaran ID yang tidak berjaya diaktifkan [ upload
failed] di server MCMC.
Cip Kod nombor ID eg : D1A002 : D1=Kuching, Sarawak, A=Loji Pemprosesan, 002= No loji |
Pemasangan cip no ID (RFID) di depan pintu premis |
No comments:
Post a Comment