Walau pun setakat ini belum ada surat maklumbalas rasmi dari pihak CNCA, Saya yakin sekiranya ada loji yang lulus pemeriksaan audit tersebut maka secara automatik harga pasaran sarang burung akan meningkat secara beransur-ansur.
Loji-loji lain yang belum membuat permohonan secara rasmi digalak untuk memohon dan melengkapkan borang permohonan dari CNCA melalui DVS. Pihak CNCA akan membuat audit dolumentasi terlebih dahulu sebelum membuat audit loji. Proses ini mengambil masa yang agak panjang.
Difahamkan bahawa auditing fasa ke-2 akan dilakukan oleh CNCA keatas permohonan baru sekiranya memenuhi keperluan asas dokumentasi yang dihantar ke China. Pihak DVS akan menyemak borang permohonan dan dokumen yang dihantar untuk memastikan ianya lengkap sebelum ianya dihantar ke CNCA.
Walaupun ada sekatan produk sarang burung walit masih dibawa masuk ke negara Cina dan ini telah membantu mengurangkan stok yang sedia ada.
Produk produk hasilan sarang burung perlu juga dipergiatkan untuk pasaran tempatan dan export. Usaha untuk memperkenalkan sup sarang burung di restoran tempatan perlu digiatkan.
Saya amat yakin bahawa industri ini mempunyai masa depan yang amat cerah dan keuntungan yang berterusan dalam jangka masa panjang kerana burung walit tetap membiak dan secara terus menerus menghasilkan sarang burung tanpa henti sepanjang hayat.
Rise rm50..drop RM3000?
ReplyDelete