Kali ini saya akan menulis tatacara berkaitan permohonanan perlesenan premis pemprosesan sarang burung walit untuk memudahkan pembinaan atau penubuhan loji di Negeri Sarawak. Di Semenanjung dan Sabah premis pemprosesan adalah dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala di Sarawak adalah dibawah State Veterinary Authority , Jabatan Pertanian Sarawak sepertimana termaktub di dalam Veterinary Public Health Ordinance 1999. Tatacara ini tidak menyentuh permohonan lesen perladangan atau penternakan burung walit kerana ianya dibawah bidang kuasa Jabatan Hutan Sarawak iaitu Wild Life Protection Ordinance 1998.
TUJUAN
Untuk memberi panduan permohonan lesen memproses sarang burung walit di Negeri Sarawak
SKOP
Hanya untuk premis memproses sarang burung walit di lokasi yang sesuai.
OBJEKTIF
1. Untuk menghasilkan produk sarang burung yang berkualiti dan selamat
2. Memenuhi keperluan minima syarat lesen
PROSEDUR
1. Pastikan tempat premis tersebut diluluskan oleh PBT
2. Dirikan kilang berpandukan GMP dan
Isikan lengkap borang permohonan dari Pejabat Veterinar. Borang boleh dimuatturun dari www.doa.sarawak.gov.my
3. Kepilkan bersama sijil perdaftaran perniagaan & layout plan premis.
4. Dapatkan komen dari NREB bagi sistem waste treatment.
5. Dapatkan laporan sokongan dari pejabat Veterinar Bahagian.
6. Laporan yang lengkap akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Perlesenan untuk Kelulusan
7. Buat pendaftaran secara online untuk premis tersebut untuk mendapatan ID
RUJUKAN
1. Good Manufacturing Practices for EBN
2. Garis Panduan Perladangan Walit
No comments:
Post a Comment