Tuesday, August 17, 2010

MODEL PREMIS WALIT BERSKALA KECIL RM 30K


Due to overwhelming response I decided to publish this RM30,000 model . This model is not yet proven but may be use as start-up for those who don't have enough capital to venture into this industry.
 

Perladangan ini dijalankan sebagai kerja sambilan untuk pendapatan sampingan. Modal permulaan dianggarkan sebanyak RM30,000 di mana premis dibina oleh pengusaha itu sendiri. Model ini boleh diubah-suai mengikut kehendak atau kemampuan pengusaha serta  kesesuaian lokasi tapak. Burung walit biasanya akan menghuni dan bertapak di dalam premis yang dibina untuk menbina sarang sekiranya micro-climate dalaman adalah sesuai.

Bangunan 2½ tingkat  sahaja memadai untuk premis permulaan iniAlat kelengkapan dan bahan binaan yang dicadangkan untuk premis 10’ x 30’x 2½ tingkat adalah seperti berikut:

(i)                 Kayu meranti bergaris untuk alang-alang ( 80’ x2’), Konkrit board (2 hun)
(ii)               Konkrit board (4 hun)
(iii)             Pencalit cairan sebagai pemikat ( territorial)
(iv)             1 set rakaman panggilan burung Walit bersama timer
(v)               Ajuk bunyi (tweeter) dan 2 set humidifier bersama timer
(vi)             Tiang concrete atau berlian post
(vii)           set bumbung   10’x 20’
(viii)         sinky dan paip (bahan binaan)
(ix)             2 pintu kalis mahluk perosak
(x)               aluminium (bahan binaan)
(xi)             hygrometer digital bersama timer
(xii)           jangka suhu digital bersama timer
(xiii)         alat pemadam api
(xiv)         kasut getah, topi, sarung tangan

Tapak premis perlu mempunyai populasi walit yang sentiasa ada dan sumber makanan walit seperti serangga. Ujian bunyi ajukan burung walit perlu dibuat terlebih dahulu dan adanya tindakbalas dari kumpulan walit disekitaran. Tapak berukuran sekurang-kurangnya 22’ X 35’  adalah memadai untuk membina premis ini.   
            
ANGGARAN PENDAPATAN
Sekiranya populasi walit amat banyak ditempat tersebut dan premis didiami oleh burung walit serta merta maka selepas 6 bulan hingga setahun, sekiranya dituai 50% dari sarang yang ada pada harga RM 3,000 sekilogram. Anggaran 25 sarang dapat dituai dengan nilai anggaran RM 1,250.00. Pada tuaian ke-2 (6 bulan) tuaian 50% dengan 50 sarang dengan hasil 50 sarang X RM 50.00= RM2,500.00.  Selepas tahun pertama bolehlah di tuai setiap 3 bulan pada tahun ke-2. Dianggarkan dapat >80 biji dengan hasil pada tahun ke dua setiap bulan.  Jika dibersih sendiri dapat jual RM 6,000 sekilogram.  Hasil tuaian akan sentiasa bertambah. sekiranya amalan baik perladangan walit (GAHP) dilaksanakan. Jangka hayatnya burung ini adalah 20 - 25 tahun. 

Dengan pengetahuan serta lokasi yang sesuai dan pengurusan ternakan yang sempurna pelan ini dijangka dapat meningkatkan serta menambahkan pendapatan selama > 20 tahun atau lebih. Pengusaha boleh menambah hasil pendapatan dengan membesarkan premis tersebut mengikut kemampuan masing-masing . 



           

No comments:

Post a Comment